July 3, 2010

kelam dunia


kau tak adil.
kau sekat segala-gala nya.
semua nya kau kata kan tidak.
hanya tidak yang boleh kau ungkapkan.

tidak kah kau tahu itu adalah cara aku untuk merasai nikmat hidup?
nikmat hidup yang tak seberapa ini?
yang sangat 'daif' jika nak dibanding kan dengan manusia-manusia lain.
jadi ini lah cara ku.

itu pun di sekat dan di kawal.
kau tahu betapa pilu dan sedih nya hati ini bila kau katakan tidak kepada segala-galanya?
betapa hancur nya hati dan jiwa ini?
seolah-olah kau ambil semua diri ku dan simpan kan ia di dalam balang kaca.

seringkali hati ini meronta-ronta untuk memberontak,
tapi itu semua tidak mungkin kan?
aku tahu. kerana apa?
kerana mereka adalah mereka, dan takkan berubah.
walau tangisan darah mengalir.

jadi apa yang boleh aku lakukan sekarang?
aku sudah sedar dan tahu situasi dan hakikat tidak boleh berubah,
apa saja yang boleh di lakukan?
apa? mengalah? atau sebalik nya?

masih menjadi persoalan itu semua.
aku letih penat memikirkan nya.
sekarang aku hanya merasakan diri ku dicuri.
di sekat itu perkara biasa, aku sudah lali.
tapi kini yang terbaru, di curi.

lepas ini apa pulak ya?
aku tertanya-tanya.
sampai bila?
aku takut aku tak mampu terus kan lagi.