December 16, 2008

addicted to komik

ku impi euforia cinta kita oleh ozaki ira.
komik nie keluar mase aku tengah exam SPM so aku terlepas nak beli.
maklum lah,banyak pantang mase exam.haha.
so lepas exam baru dapat beli.punye la susah nak carik komik nie.yang aku dapat nie pun da tak berapa lawa kondisinya.tak mengapa lah.
komik nie menarik perhatian aku sebab tajuk die.cam sooo gempak.
padahal aku tak tau pun pe maksud euforia tu.haha.
euforia tue bermaksud kelunakan (perasaan),kegirangan dan keriangan.
dalam komik nie ade 5 cerita termasuk tajuk utama.
  • ku impi euforia cinta kita
  • percintaan XXX
  • malam sunyi yang suram
  • ciuman kejutan sang putera
  • dari jendela dunia yang indah.
full moon joker oleh takamiya satoru
ini first time aku ade komik yang dilukis oleh takamiya satoru.
lukisannya cantik tapi ceritanya agak mengarut sedikit.terdapat unsur-unsur mistik dan magical.tapi cover komik ini cun sangat!!!!

segi tiga rahsia oleh ohya kazumi.
lukisan nya sangat matang dan penuh perasaan.bila baca cam rasa real.
sinopsis :: mochida suzu dan ibunya tinggal dan bekerja sebagai orang gaji di kediaman orang kaya Nakatsugawa untuk menampung hidup mereka berdua.pelajar sekolah menengah rendah ini telah jatuh hati secara rahsia dengan Shuuichi,anak lelaki sulung keluarga itu yang hebat dan baik hati.tetapi anka lelaki bongsu keluarga itu,Shinji juga telah meluahkan perasaannya yang menyebabkan keadaan bertambah kompleks.tersepit di dalam keraguan,dapatkah si gadis dan sang jejaka menemui cinta dan kebahagiaan?
cerite sangat comel.aku suke.cerita lain dalam komik ini ialah ::
  • jejaka di bilik 201 [dalam cerita nie,kematangan lukisan kartunis ini terserlah.kisah percintaan gadis sekolah menengah da seorang detektif polis.]
  • langit biru yang bercahaya [aku tak paham sangat cerite nie,mesej tak berapa sampai kat aku la.]
pelayan rahsia oleh washio mie.
tanpa boleh disangkal lagi,cover komik ini sangat la cun!!!!
bukan setakat cover die saje,lukisan die pun lawa.lagi-lagi kat part rambut.
aww,jeles mak.nak gak rambut camtu!!!
cerita lain dalam komik ini ::
  • orang yang dia sukai [cerite nie cam twisted sikit tapi akhirnya aku paham gak,barulah aku sedar yang aku nie lampi sangat kekadang la.]
  • kau di fikiranku, clavier [sooo romantik,pasal guru piano and anak didiknya.]
  • adakah anda ingin menjaga si cantik ini?
washio mie nie ada satu komik lain gak.tajuknya Anti Chocolate.berdasarkan pemerhatian aku,pelukis nie suka gambarkan hero/watak lelaki sebagai seorang yang misteri dan pendiam.macam diam-diam ubi berisi la lebih kurang.



its good to be back typing for my beloved blog.
will write more soon.


No comments: