February 27, 2010

jiwa manusia

NAFSU?

KEINGINAN?

manusia sering kali terperangkap dek dua elemen ini. aku juga, seperti manusia lain yang tak pernah terkecuali untuk jatuh ke gaung nafsu dan keinginan ini. terlalu banyak nafsu yang lantas telah menimbulkan pelbagai keinginan. keinginan untuk memiliki. memiliki apa? bermacam-macam. material, kasih sayang, perhatian, penerimaan, dan apa saja. lumrah hidup, satu masalah timbul, walaupun nafsu membuak-buak inginkan sesuatu, adakah kita sentiasa akan dapat apa yang kita inginkan itu? tentu nya tidak. kenapa begitu? mari lah kita bersama-sama renungkan kembali mengapa keinginan itu disekat. aku percaya, semua perkara terjadi di atas sebab. bak kata orang putih bermata biru,"everything happens for reasons." walaupun begitu, adakah kita dapat lihat sebab itu? tidak semua golongan boleh berfikir dengan sebegitu rasional. aku tahu, kerana aku lah golongan itu (at times.) aku selalu berharap agar aku boleh jadi golongan yang sentiasa rasional tanpa selalu dipengaruhi emosi tidak stabil. tapi, harapan tinggal harapan kerana it is easier said than done.


No comments: